


MAKLUMAT SKMK |
Sejarah |
Falsafah |
Visi
& Misi |
Piagam Pelanggan |
Bendera Sekolah |
Lencana Sekolah |
Lagu Sekolah |
Pengurusan Sekolah |
Staf Sokongan |
PIBG
Sekolah |
Kelendar Sekolah |
Takwim Peperiksaan |
Sumber Data |



RENUNGAN
Guru harus mempunyai
semangat dan
daya juang yang tinggi.
Tidak ada sikap tidak
boleh,
tidak yakin, tiada masa,
bebanan,
tiada kemahiran dan
sebagainya.
Mahu tidak mahu, keperluan
menjadi guru yang lebih
berdaya saing ialah guru
yang mempunyai keyakinan,
kemahiran, masa yang cukup,
kreatif dan inovatif.
Menolak segala alasan dan
menerima segala cabaran.
|
Alamat Urusan :
Sekolah Kebangsaan
Mersing Kanan, No. 223, Jalan
Abdullah, 86800 Mersing, Johor.
|



PERUTUSAN
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN MERSING KANAN


Alhamdulillah, syukur
ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas
junjungan besar nabi Muhamad s.a.w.
Saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung Portal
Rasmi Laman Web Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan, Negeri Johor Darul
Takzim. Penyediaan Portal Rasmi Laman Web ini merupakan satu saluran
untuk memberi makluman mengenai organisasi, fungsi dan
peranan Sekolah serta perkhidmatan yang disediakan.
Maklumat ini akan dikemaskinikan dari masa ke masa untuk
memastikan kakitangan dan pelanggan Sekolah mengetahui
perkembangan yang berlaku di sini dan sentiasa
dibekalkan dengan maklumat yang terkini. Diharap dengan
pewujudan laman ini serta reka bentuk yang lebih menarik, usaha-usaha bagi memajukan
perkhidmatan di Sekolah ini akan lebih mantap.
Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk maklum balas
dari para pengunjung laman sekalian. Maklum balas serta
teguran akan dijadikan asas bagi menambah baik serta
memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan. Justeru
saya menyeru kepada warga Sekolah dan Ibu Bapa murid
agar terus menjadi pengguna ICT dengan penuh
tanggungjawab dan aktif.
Akhir kata, adalah
menjadi harapan agar laman ini akan dapat memberi faedah
dan manfaat kepada semua.

ABDUL JALIL BIN SALIM
Guru Besar
Sekolah
Kebangsaan Mersing Kanan
|
|