
BANGUNAN
ASAL SEKOLAH KEBANGSAAN MERSING KANAN DIKEKALKAN SEBAGAI
SEJARAH

TAPAK
PERHIMPUNAN MASIH DIGUNAKAN HINGGA SEKARANG

Yang Berhormat Zainal
Abidin Bin Othman, Ahli Perlimen Kawasan Tenggaroh,
Merasmikan Majlis
Penyerahan Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan Sebagai Anak
Angkat
Kepada Datuk Dr. Usman
Awang, Sasterawan Negara,
Pada 24 Oktober 1995.
Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan ini mula ditubuhkan pada
tahun 1937. Ia merupakan sekolah tertua di Daerah Mersing.
Penduduk di sekitar yang menyedari perlunya sebuah sekolah
didirikan telah bergotong royong untuk membina sekolah
dengan perbelanjaan sendiri. Ia adalah sebuah bangunan kayu
mengandungi 4 bilik darjah. Bangunan asal yang dibina pada
waktu itu masih kekal digunakan hingga ke hari ini.
Pada tahun 1972 sekolah ini mendapat bangunan tambahan iaitu
blok dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah,
perpustakaan, bilik guru dan pejabat. Dengan adanya bangunan
tambahan ini masalah kekurangan bilik dapat diatasi.
Pada tahun 1974 sekolah ini dicantumkan dengan Sekolah
Kebangsaan Bandar Mersing. Sekolah ini hanya menjadi sekolah
cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Hanya
murid Tahun satu hingga tahun 3 sahaja ditempatkan di
sekolah ini. Selepas itu murid-murid melanjutkan pelajaran
di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Pada 1 Januari 1991
sekolah ini kembali kepada status asalnya sebagai sebuah
sekolah di bawah pentadbiran berasingan dan menggunakan nama
asal Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.
Sebilangan besar murid-murid di sekolah ini adalah datang
dari masyarakat nelayan yang tinggal berhampiran seperti
Kampung Mersing Kanan, Kampung Tanjung, Kampung Air Merah
dan Kampung Sri Lalang. Selain daripada itu ada juga
murid-murid yang datang dari kalangan ibu bapa yang bekerja
sebagai kakitangan kerajaan dan swasta.
Sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang
berjaya, di antaranya Dr. Usman Awang, Tokoh Sasterawan
Negara; En. Yaakub Ahmad, bekas Menteri Alam Sekitar
Republik Singapura; Dato' Abdullah Abbas, bekas Pengarah JKR
Negeri Kedah dan En. Ismail Leman, bekas Pengarah Kaji Bumi
Negeri Johor.
Pada tahun 1994 Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan telah
dijadikan sebagai sekolah anak angkat kepada Dr. Usman Awang,
Tokoh Sasterawan Negara.
|